di sebalik screen..

My photo
caliph. 'abdi. blogger. seeker. ponderer. "Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [Ar-Rum,30:64] blog ini dicreate bukan untuk menyejukkan hati atau hanya tatapan mata...but feed these to your souls. hasilnya bukan hamba yang merasa, tapi kesan kehebatanNya dan agamaNya adalah untuk hamba & tuan hamba semua. inshaALLAH. but i love to convey these in the form of stories, might look like novels or kinda. bare with eye strains and sore fingertips by reading on the screen and clicking the tabs or tetikus as u guys scroll down. frankly speaking, most of the post are from the author personal experiences or her feelings toward sumthing until she created stories to express out those feelings. well,anything could be felt after read all these junky stuffs(i hope they all not), but just bury the past and comfort the future.InshaAllah. may HIS bless embraces us all.

Sunday 2 December 2012

Aku Dia & Mereka

Assalamualaikum wbt kenkawan!

Greetings!

Pertama-tama sekali, aku sendiri dah rase rindu bebeno kat belog kesayangan aku nih( padah dah lame x bukak blog sendiri). Bukannyer hapa, cam xde masa jer kebelakangan ni, syibok memanjang( alasan-semata-mata). Apa khabar anda semua? sihat? Alhamdulillah, may Allah bless you! Terima kasih lah yer kepada sesiapa yang rajin men'gomen' kat shoutout box saya, really appreciate that. Nak tau tak kenapa hari ni tergerak hati nurani ni nak post sumthing kat laman sesawang ni? Actually, hari ini saya nak share sumthing kat korang semua, sumthg special, at least for me...

Pagi ni saya n housemates pergi satu program ni, kat kawasan kediaman pangsapuri area Puchong, turun kepada masyarakat gitu~
by the time saya reached kat situ, program baru je bermula dan saya meihat ramai kanak2 comey2 tengah leka ( dan jemu serta bosan perhaps..hik!) mendengar ucapan2 daripada pengerusi dan penganjur beserta AJK. huh, hebat tak?! Telah ditakdirkan, saya telahpun dipilih untuk menjadi fasi kepada acara sukaneka untuk kanak2 ribena ni semua...yay! Briefing pun dah siap, ok, tinggal nak mulakan game jer. After short break, budak2 ni semua berkumpul n divided into groups,as for me, aku incharged for Group 3, oh...my favoret!!

Hey kids!
Hai ustazah! Telan air liur, gulp!

Ok, aku dah biase pun kena panggil 'ustazah' dengan orang2 civilized camni.

Arahan diberikan dan game pun bermula. Berlumba2lumbalah sakalian rakyat jelata negara Ribena untuk menawan hati 'Puteri". hehehe... seronok juga melihat keletah kanak2 ni, x menang tangan dibuatnya. India ke, Cina ke, even Melayu ke, mereka semua bekerjasama untuk pasukan masing-masing. Hebat! Sampai satu tahap tu aku rase aku yang berlebih-lebihan daripada diorang semua.

Dia yang comel, dia yang aku kasihankan
Mataku meligas kesana kemari. Mencari-cari kalau-kalau aku masih boleh mendapatkan seteguk air. Dimanakah sumber air? Tekakku merasa kering dan perit. Percikan titik air jernih didahi kusapu dengan belakang tanganku. Terik mentari pagi semakin membahang. Membakar apa sahaja yang berteduh di bawah sinarnya. Tiba2, mataku melekap pada tubuh kecil seorang insan ini. Kulitnya hitam manis, kedua-dua pipinya gebu, dan yang paling melucukan tangannya penuh dengan makanan dan hadiah. Aku melihat tanda namanya. Khairin....emm, sedap nama itu.
" Khairin!", laungku sambil mengukir senyuman tanda ramah.
 Dia melihat sekelilingnya, cuba menyahut panggilanku dengan pandangan mata.

"Khairin!".
Dia berpaling ke belakang. Aku tersenyum sambil menggerakkan tanganku cuba menjeratnya kemari.
Perlahan-lahan kanak2 kecil itu melangkah ke arahku.
"Wah, Kahirin dapat banyak hadiahlah! Bolehkah kalau kakak minta satu?", kuhulurkan tanganku cuba meminta sesuatu daripadanya sambil menyangkung dihadapannya.
"Tak boleh," katanya sambil tersenyum malu, malu kerana terpaksa menolak permintaanku barangkali.
Senyumku makin lebar.
"Mari duduk sini," ajakku sambil menepuk lantai gelanggang itu berkli-kali. Khairin duduk.
"Khairin ada abang?" soalku ingin tahu sambil mataku menari kesana-sini cuba mencari keluarganya.
Dia mengangguk. " Kakak pula?"
Dia menggeleng lalu berkata," ada abang je."
"Oh, mana abang Khairin?"
"Abang di rumah bersama-sama Ummi."
Aku mengangguk pelahan. Berani sungguh budak kecil yang berusia lima tahun ini datang ke taman ini sendirian.
"Ayah pula, em...abi mana?"
"Abi tak ada." katanya pula.
"Abi pergi mana?" mulutku gatal bertanya lagi.
"Abi tak ada-lah."
"kakak tahu tapi abi kemana?"
"Abi takda! Abi dah meninggal!"

Aku terkesima dan cepat2 ketawa. Barangkali mampu menghilangkan kejanggalan di hati.

Aku memandang Khairin penuh sayu, hanya mampu berdoa saja dalam hati, moga Allah berikan kehebatan kepada anak kecil ini di masa hadapan nanti.