di sebalik screen..

My photo
caliph. 'abdi. blogger. seeker. ponderer. "Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [Ar-Rum,30:64] blog ini dicreate bukan untuk menyejukkan hati atau hanya tatapan mata...but feed these to your souls. hasilnya bukan hamba yang merasa, tapi kesan kehebatanNya dan agamaNya adalah untuk hamba & tuan hamba semua. inshaALLAH. but i love to convey these in the form of stories, might look like novels or kinda. bare with eye strains and sore fingertips by reading on the screen and clicking the tabs or tetikus as u guys scroll down. frankly speaking, most of the post are from the author personal experiences or her feelings toward sumthing until she created stories to express out those feelings. well,anything could be felt after read all these junky stuffs(i hope they all not), but just bury the past and comfort the future.InshaAllah. may HIS bless embraces us all.

Wednesday 4 September 2013

Failure is not a failure, it's just a delayed success

Assalamualaikum w.b.t,

Salam sejahtera.

Al-Fatihah~

Saat jemariku rancak menari di atas papan kekunci ini, diriku baru sahaja kembali dari layar-layar ceritera yang lalu. Tika itu...


Dua minggu kebelakangan ini memang merupakan satu perjalanan hidup penuh debaran. Pertama kali aku mengalami perasaan sebegini rupa. Susah untuk aku ungkapkan dengan kata2...betapa episod hidup aku kali ini penuh dengan mehnah & ranjau. Masa tingkatan lima dulu, tidak pernah pula aku tidak senang duduk macam kali ini. SPM tak sehebat peperiksaan profesional nampaknya!

Peperiksaan hanya berjalan selam tiga hari sahaja. Namun, tiga hari tersebut sudah cukup melelahkan aku. Penatnya seakan-akan satu pertandingan larian marathon 5km. Debaran peperiksaan berakhir, kini debaran menunggu keputusan pula yang muncul.

Fast forward.

Aku fail. Fail. Fail.
Setelah diberi peluang untuk menduduki oral test untuk menaikkan markah, aku masih fail juga. Arakian, perjalanan hidup mula kelam sejak itu.

Aku gembira akan kejayaan dua orang rakanku yang bersama-sama denganku menduduki oral test itu. namun, rezeki aku cukup hanya sampai di situ sahaja. Aku gembira doa-doaku dimakbulkan Tuhan. Aku mendoakan kejayaan rakan2 aku yang berdua itu. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. Dapatlah korang berdua rehat sebulan ye!

Keputusan peperiksaan aku pula rakanku sendiri yang memaklumkan padaku.
Pada mulanya aku tidak percaya...tapi, itulah. Memang yang itu.

Bertambah buruk pula, pada malamnya aku dan rakan2 ku yang lain mengadakan majlis perpisahan kami bersama-sama junior dan naqibah2 yang ada. Seperti mimpi, farewell party untuk aku yang belum tentu akan meneruskan pengajianku ke peringkat seterusnya. Sepatutnya, majlis ini untuk kami semua pelajar tahun dua sempena kejayaan kami ke tahun tiga dan tahun pertama memasuki alam praktikal. Sehingga ke malam itu, air mata aku belum lagi tumpah membanjiri bumi.

Sehingga di saat salah seorang rakanku memeluk aku...

"Be strong! I know u gonna be a good doctor. I know, " bisik sahabatku yang satu itu. Aku membalas pelukan dan hanya mampu menganggukkan kepala.

"Yalah," lemah aku menuturkan jawapan.

Mungkin sahabatku yang seorang ini merupakan yang pertama memberi kata2 semangat ku secara fizikal, secara dekat. Aku agak terkilan dengan sahabat2 yang berdua itu, mereka yang sama2 mengambil oral test dan mereka yang lulus itu, mereka tidak mengucapkan apa2 padaku. Not even a word. hanya aku yang mengalungkan ucapan tahniah kepada mereka. Manusia. Insan bermakna lupa.

Petang sebelumnya, sempat lagi roomate aku menghantar pesanan ringkas kepada ku. "A failure is not a FAILURE. It's just a delayed success", katanya. petikan kata2 Dr. Muhaya.
Jauh di sudut hati aku terkilan. namun cepat2 aku memujuk diri. Trimas Mel.

Oh, hati! Jangan dikau resah. jangan dikau gelisah. Oh, Hati! Malam ini barangkali ramai tetamu yang hadir, maka bertahanlah ya. Bertahanlah sampai ke tengah malam. Tenanglah wahai hati!

Berkali2 aku memohon kepada Tuhan agar aku kuat untuk mengharungi hari2 mendatang.

Ketika semua tetamu leka menjamu selera dan berborak sakan, aku mendatangi naqibahku. Hai kak naqibah! Mungkin ini malam terakhir kita. Saya nak manja2 dengan akak lah malam ni!

"Iman...," kak naqibahku memanggil. Aku melabuhkan punggungku disebelahnya. Tersenyum menutup lara hati.

"Ya kak." Naqibah aku menepuk lembut pahaku berkali-kali. OH, barangkali...

"Akak sudah tahu?" soalku terus. Aku dapat merasakan ada getaran dalam suaraku itu.

"Dah.." balas naqibahku. Aku melihat matanya mula berkaca. Ah, hati-hati ini...mudah sahaja goyah!

"Iman sabar ya. Ingat ini semua ujian. Allah nak ajar sabar dan tabah. Semua ini akak dah ajarkan dalam usrah kita," pujuk si ibu itu lembut. Aku menunduk. Namun, sempat jua aku mengukir senyuman tapi mata ini...mata ini sudah bergenang! Aduh! Malu pula pada yang lain. Mungkin mereka fikir aku ini sedih mahu berpisah dengan mereka semua agaknya.

"Akak, doakan saya...," itu sahaja pesanku.


                                               *          *           *              *

Aku merebahkan badanku. Leganya. Pinggang rasa macam nak patah riuk pun ada. Penat melayan tetamu malam tadi. Nasib baik Kak Kim berlapang dada untuk berkongsi tentang Mesir, takde-lah malam itu dibuang masanya begitu sahaja.

"Ok, ada sesiapa nak share cerita?" soal Mel.

Aku ketawa lucu. Yalah, antara kami bertiga yang berkongsi bilik di tingkat bawah rumah sewa kami, kami bertiga jugalah yang gagal dalam peperiksaan profesional kami.

"Semua!!!!"
Malam itu, Pillow talk kami berlangsung sampai ke pagi buta. =)


Ya Tuhan, kau satukanlah hati2 ini. Kau satukan-lah hati2 kami untuk memikul amanah yang Kau berikan kepada kami. Kau satukan-lah hati2 kami untuk menjalankan dakwah di muka bumiMu. Dan Kau tunjukan-lah kepada kami jalan kebenaran dengan cahayaMu. Dan Kau matikanlah kami sebagai para syuhada.


p/s: moga kali ini kami semua lulus dangan cemerlang untuk exam akan datang. pis! Tasbih kifarah dan Al-Asr.


No comments:

Post a Comment