di sebalik screen..

My photo
caliph. 'abdi. blogger. seeker. ponderer. "Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [Ar-Rum,30:64] blog ini dicreate bukan untuk menyejukkan hati atau hanya tatapan mata...but feed these to your souls. hasilnya bukan hamba yang merasa, tapi kesan kehebatanNya dan agamaNya adalah untuk hamba & tuan hamba semua. inshaALLAH. but i love to convey these in the form of stories, might look like novels or kinda. bare with eye strains and sore fingertips by reading on the screen and clicking the tabs or tetikus as u guys scroll down. frankly speaking, most of the post are from the author personal experiences or her feelings toward sumthing until she created stories to express out those feelings. well,anything could be felt after read all these junky stuffs(i hope they all not), but just bury the past and comfort the future.InshaAllah. may HIS bless embraces us all.

Tuesday 3 September 2013

Rekod Jajahan Aku #2

Assalamualaikum,

Salam sejahtera.

Aku mula merasakan kepentingan untuk aku menulis satu lagi rekod yang bakal menjadi salah satu koleksi di Arkib Negara.

2. L.U.V.E

by Pingu Toha. Edaran Jemari Seni.
Ok, aku lambat baca. Cetakan pertama pada 2008. Ye, hampir 5 tahun yang lalu. Tapi, takpe.
Pokoknya di sini, aku nak luahkan pendapat aku mengenai watak utama dalam novel si Pingu ni.

Uthman Huzir.
Ya Allah! Agaknya kalau aku ada kawan macam dia ni memang boleh naik gila aku dibuatnya. Pertama-tama skali, masa aku baca novel ni, aku dah mula takde mood nak baca. Ok, kpd peminat Pingu Toha, jangan marah kalau anda baca entri kali ni, tapi itu adalah hak kebebasan untuk berfikir pembaca. Mahu saja aku susun kemas2 balik dalam rak buku aku tapi...aku ingin mencabar diri aku sendiri. Takkan asyik nak baca benda2 yang kita suka je? Tak ke bias namanya. Lagipun, mana tahu ada benda baru yg boleh kita belajar ke hapa dalam second half of the pages. So, aku meneruskan pembacaanku.

Kerana Uth, aku hilang minat untuk baca L.U.V.E. Tapi, pada masa yang sama, aku jatuh simpati kpd mamat jiwang tu.
He is wimp!!!( > x <)
nyampah!
huh!

Tapi sebenarnya pada aku dia ni bersikap ithar ( baca: iht-sar ). hah? ape tu?
Ithar tu maknanya melebihkan sahabat daripada kepentingan diri sendiri...cume itharnya tu 'lain' sikit.

Baru aku tahu kerana cinta mereka boleh menjadi bebal dan lemah sebegitu rupa.
Aku pernah rasa kot...kot-lah! masa zaman kegelapan dulu, jatuh hati pada seorang lelaki yg tua drpd aku, tapi tak plak jadikan aku bodoh dan lemah! Perasaan itu actually fire up spirit aku untuk meraih perhatian lelaki tu. Macam2 cara kau cuba nak pikat belahan hati aku...dari menulis surat lelayang hingga main hide and seek masa perhimpunan pagi sampailah meluahkan perasaan depan2! Perasaan suka itu buat aku jadi bersemangat untuk melakukan sumthing out of the box. Sebab aku rasa, perasaan 'sayang' pada seseorang itu sepatutnya membuatkan kita jadi lebih baik supaya orang itu meletakkan trustnya pada kita before sambut huluran kasih itu.

tapi betullah cinta itu abstract and so much mystery.

aku ngaku aku ada nangis jugak sebab lelaki yang aku suka tu.
aku ngaku ada-lah skali tu aku jadi budak yg tak tau malu sekejap.
aku ngaku ada-lah skali tu aku tak fokus dlm kelas.

Agaknya, itulah kot apa yang Uth rasa. Kasihkan Lana sehingga takut nak kasi tau sebab risaukan perkataan reject keluar dari mulut si Lana tu. Lebihkan Keri, best friend dia drpd diri sendiri. And layan Vee acuh tak acuh sebab dah kemaruk dengan panahan cinta Lana.

And Lana, lelaki takkan tahu unless ko cakap sepatah2 kat muka depa yang ang tu cintakan dia. Huhu.

Apa-apapun, cintakan manusia, manusia kan mati...tapi Allah tidak sesekali. Dia sentiasa HIDUP.


So, kesimpulannya, L.U.V.E banyak memaparkan konflik-konflik cinta among kengkawan, kisah ranjau hidup di ibu kota dan mimpi yang ber'setting'kan Tembok Berlin? eh!

Kenapa L.U.V.E. ?
Kerana ceritera ini berkisarkan perit getir cinta pada L-ana , U-th , V-ee dan E-lina.
Ops, lupa nak mention pasal Elina.
Oh, no one. She's just Uth ex-gurlfwen.

p/s: at the end aku cume bertepuk sebelah tangan. Kena reject. Dia kata dia anggap aku mcm adik jew.        ( +.+)
Tapi, aku jumpa 'kekasih' hati yang much better. Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment