di sebalik screen..

My photo
caliph. 'abdi. blogger. seeker. ponderer. "Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [Ar-Rum,30:64] blog ini dicreate bukan untuk menyejukkan hati atau hanya tatapan mata...but feed these to your souls. hasilnya bukan hamba yang merasa, tapi kesan kehebatanNya dan agamaNya adalah untuk hamba & tuan hamba semua. inshaALLAH. but i love to convey these in the form of stories, might look like novels or kinda. bare with eye strains and sore fingertips by reading on the screen and clicking the tabs or tetikus as u guys scroll down. frankly speaking, most of the post are from the author personal experiences or her feelings toward sumthing until she created stories to express out those feelings. well,anything could be felt after read all these junky stuffs(i hope they all not), but just bury the past and comfort the future.InshaAllah. may HIS bless embraces us all.

Thursday 31 October 2013

Post kali ini nak cakap pasal REVAMP. eh, itu kan nama blog aku?!

Assalamualaikum w.b.t.,

and greetings!

Kali ini aku nak bercerita pasal kisah realiti aku yang sejak kebelakangan ini...kata orang, tak menjadi. Sebelum itu, aku nak clarify yang aku bukan nak salahkan sesiapapun yea...not ibu ayah, not the lecturers, not even Tuhan and korang pun. eh?


Bulan lepas, genap dua dekad aku bernafas di bumi Tuhan. Gembira tak gembira, macam manapun aku tengah exam final pulak time tu. So, nak dijadikan cerita itu pertama kali aku lupa hari birthday aku. Nasib baik ada kawan2 wish, siap kasi hadiah lagi! Punyalah happy sakan! Sebenarnya, aku re-sit exam final year 2, ada lapan orang...kami berlapan menyewa dalam rumah yang sama. Kecil, tapi memadai.

Antara kami berlapan, ada tiga orang yang tak lepas, termasuk aku... . Tuhan saja yang tahu perasaan aku sebaik sahaja aku menyemak list nama keputusan peperiksaan petang hari itu. Aku tak menangis. Masih mampu untuk stay cool. eheh. Bila aku call ayah, baru air mata itu berlari menuruni pipi aku. Tapi masih mampu stay cool.

Okay.

Aku pulang ke rumah sewa. Malamnya, aku drive bawak kawan2 aku yang lulus untuk pergi berjumpa dengan owner rumah sewa diaorang. Aku ada terfikir, kalau aku lulus tentu malam itu aku pergi dengan senang hati untuk jumpa owner rumah itu. Tapi, malam itu perasaan aku lebih bercelaru. Memandu kereta kecilku membelah kegelapan malam, sampai air mataku berderaian...even co-pilot kat sebelah pun tak perasaan.

Hanya Tuhan je yang tahu.

Sekarang ini, aku lebih positif. Itu semua story lama-lah! Lecturer aku kata, aku kena buat reframing. Tapi, bagi aku..it's more on revamp! ewah!

Muhasabah diri. Perbanyakkan doa dan solat untuk mohon kekuatan. Aku banyak berkongsi pendapat dan mendengar pendapat orang lain. Aku mula merancang...sebab aku kena repeat setahun! Lama tuh! Dua sem...nak dijadikan cerita. Sepatutnya satu sem je tapi pelbagai karenah dan mehnah, DO kata, "okay you guys, it is one year not six months, get it?"

Hikmah itu ada.
Tapi biarlah aku sorang je yang tahu. Tak payah cerita kat sinilah eh?

Cemburu?

Mesti ada. Tipulah takde. Aku dah jadi follower tetap twitter kenkawan aku yang lulus tu, dah jadi friend dengan dorang yang kat sana tu, so aku akan di'up-date' dengan kisah2 bahagia dorang yang lulus tu. Tak dapat nak lari.

Tapi, aku lagi cemburu kalau tak dapat alami apa yang tengah aku alami sekarang. Experiences ni semua, special kot! Orang tertentu je dapat rasa. hehehe..

Tak de rasa malu ke?

Malu? Ada. Tapi, tak dilayankan sangat perasaan itu. Buat nak malu masuk kelas dengan junior2 yang lain sedangkan kita nak menuntut ilmu? Lagipun, sekarang ni pun aku dok sekali menyewa dengan dorang kat sini.

Stress?

Stress tu lah namanya student. tak gitu?

Tapi yang pasti, perkara ini dah banyak mengubah hidup aku. Pemikiran aku. Sikap aku. Dan yang pasti, ilmu yang aku cari makin bertambah, dan rasa sayang padaNya pun makin bertambah.


Kerana aku rasa istimewa.

kredit to me. meoww~