Itulah yang aku rasa malam semalam.
Walaupun air hujan mencurah lebat, bau itu kekal menusuk...menusuk ke dalam jiwa.
Segar.
Saat terdengar bunyi derapan kakimu, aku tahu,
bahagia kan menjemputku, dengan izin Allah.
Kerna Dia sudah menjanjikan itu.
Gusar.
Telatah anak2 kecilmu, meruntun kalbu.
Wajah2 mereka yang tiada tercalitpun sekelumit dosa, aku merenung sendiri.
Memikirkan amalan2 ku sebelum ini.
Hambar.
Peristiwa2 yang lalu, bakal menjadi satu gumpalan kertas,
yang kan kusorok di dalam almari usang.
Biar ia tinggal kenangan.
Malam semalam, perasaan itu semua bercelaru. Namun, aku seperti menghirup nafas yang baru.
Kakanda, terima kasih kerana hadir mengimarahkan malam hari kami.
Kata2mu akan tersemat selalu, bukan sahaja di dalam diari catatan mingguan bahkan di hati aku.
Moga tali yang kita bina ini menjadi titian untuk kita ke sorga kelak.
Moga tarbiyyah ini menjadi saksi-saksi kita kelak.
No comments:
Post a Comment