di sebalik screen..

My photo
caliph. 'abdi. blogger. seeker. ponderer. "Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [Ar-Rum,30:64] blog ini dicreate bukan untuk menyejukkan hati atau hanya tatapan mata...but feed these to your souls. hasilnya bukan hamba yang merasa, tapi kesan kehebatanNya dan agamaNya adalah untuk hamba & tuan hamba semua. inshaALLAH. but i love to convey these in the form of stories, might look like novels or kinda. bare with eye strains and sore fingertips by reading on the screen and clicking the tabs or tetikus as u guys scroll down. frankly speaking, most of the post are from the author personal experiences or her feelings toward sumthing until she created stories to express out those feelings. well,anything could be felt after read all these junky stuffs(i hope they all not), but just bury the past and comfort the future.InshaAllah. may HIS bless embraces us all.

Tuesday, 22 January 2013

bULaTaN gEMbIrA di BintU SolEhAh2.0

-al fatihah
-sabar.saidina ali bkata nabi saw bersabda: sabar tu ad3 sabar tika musibah...300darjat.
sabar dlm taat kpd allah 600 darjat
sabar menahan maksiat 900 darjat...
-status x pasti...sanadnya
-fatimah syarha...dosa tak terus besar...kecik2 baru besar
kne berusaha dengan sabar dan berdoa.(al-quran)-nek ash
-syekh ridha...ada keupayaan u guna wat len ...boleh je buat(couple ke gne duit ke), kalau kita mnaahan diri drpd maksiat  menahan je...tu pun dapat pahala.







"im too goood to do this kind of thing". always think like that to avoid us from committed sins.


#catatan kecil usrah yg dah lama berlalu~ cenggini rupenye nota usrah, kelam kabut menaip guma laptop...

Apa yang Kamu Lakukan Masa Mudamu???...

Rehlah di FRIM...mencetuskan sparks ukhuwwah~


Yang pasti, di akhirat kelak Allah swt pasti menanyakan soalan ini...

"Apa yang kamu sudah lakukan di masa mudamu, wahai manusia?"

Ini pasti.


Seorang artis seberang yang juga terkenal dengan lakonannya yang hebat dalam Ketika Cinta Bertasbih mengajukan soalan ini di sebuah sesi perkongsian pada suatu hari.
Oki Setiana Dewi.
Aku mendengar cerita beliau dengan penih minat. Kak Oki mula berhijab ketika beliau berusia 16tahun. Kak Oki sendiri mengatakan beliau mula mencari redha Allah apabila ibu kak Oki sakit.
Yalah, manusia itu seringkali lupa akan nikmat kurniaan Tuhan mereka...

Kadang-kadang musibah datag melanda mampu menarik kita kembali ke jalan yang lurus, inshaAllah.
Aku sendiri tidak meraguinya.

Kak Oki mengajar di penjara, kata kak Oki, mereka ini tidak jahat meskipun pernah membunuh, mencuri, dan sebagainya...
mereka cuma melakukan kesilapan, sama seperti kita, cuma bedanya, mereka dipenjarakan.

Ya, aku juga manusia biasa, kesilapan itu sntiasa berselng-seli di dalam hidupku..
Namun, Allah swt paling suka manusia yang bertaubat.
Ya, Allah itu Maha Penerima Taubat, ya Ghaffar...
Kak Oki juga sharekan saomething yg bermakna.
Kak Oki dan kawan2 beliau pernah mendatangi dua orang lelaki, lelaki yang menyerupai perempuan.
Nanti dulu!
Jangan cepat judge mereka, kata kak Oki.
Apabila ditanya, 'kalau kamu mahu berdoa pada Tuhan untuk menghadapi tohmahan mereka, nah...ambillah buku ini. Nanti kamu baca saja doa di dalamnya~'

Terima kasih. Apakah kamu tiak membenci kami?

Apa perlu aku membenci kamu berdua?

Terima kasih kerana sudi berkawan dengan kami, bergenang air mata lelaki itu...
Tapi, jangan kamu berharap kami akan berug=bah dengan cepat. Kami juga manusia biasa, kami butuh waktu untuk berubah.

Iya, iya...

Pesan kak Oki, "Berkawanlah dengan semua, tapi bersahabat dengan orang soleh".

Jadilah penolong agama Allah swt: cintakan Allah dan cintakan ilmu.



Monday, 21 January 2013

NI BUKAN SEKADAR PICNIC... TAPI REHLAH YG COOL GILER !

Assalamualaikum wbt u allz! haa..doesn't it sound cool, x gitu?

Entri kali ni nak bikin gempak sikit. Nay~...bukan gempak as if 'bergabung...meletop' macam adam and stacy tu, tapi nak kasi gempak dengan lambakan ibrah yg tak sudah2 mengejar...ok x?

Baru-baru ini, saya bersama-sama housemates juga merangkap usrahmates dengan selamat dan jayanyamenjejakkan kaki masing2 ke FRIM yang terletak di Kepong (#ayatskemanakhabis).
Tempat tu menarik walaupun pada mulanya kami semua seperti rusa masuk kampung, terkebil2 dan hilang arah tuju.

"Ala, ni kan kiranya ;unexpected journey'. Balon jelah,". Hampir tercekik dengan bergelen-gelen air liur sendiri apabila kawan tersayang cakap macam tu. Dah macam The Hobbit tu plak yer ceritanya.

Namun, perjalanan kami sepuluh orang alhamdulillah tiada aral melintang, cuma terlewat dari schedule ramalan kami...kekekeke. "-.-

Makanan dibawa dari rumah, well, mengurangkan kos perbelanjaan sekadar yg termampu. Nasi goreng, keropok ikan sebaland dan nuggets menjadi pilihan.

"Tak sabarnya nak makan~ yum..yum..". Aku pandang bagai tak percaya. Tak sampai lagi dude. Baru di KL Central, dengan tren yg delayed segala bagai...ish! ish! Begitu pulak kisahnya yer kawan aku lagi sorang nih.


Malah, kami tak juga menjadikan hang out kami semua ini sia2 belaka. Hadaf perlu ada. Ibrah harus dicari juga. Obviously, semua ini harus disandarkan kerana Allah SWT. Kepada Dia jua-lah kita serahkn segala-galanya. Ukhuwwah lillahi taala. Hakikatnya, manusia hanya merancang tetapi akhirnya Allah yang Maha Berkuasa untuk menentukan everything!

Canopy walk, memang tak dijangka bahawa kami akan melakukannya pada hari itu.

Ok, tiket...check!
Outfit...check!
Stamina...check! (#perutpenuhsampaisenak)

Selepas makan tengah hari di picnic area bersebelahan dengan Sungai Keroh, kami meneruskan agenda pada hari itu dengan perasaan yg betul2 excited. Everybody was getting fired up at that moment!!
Sungguh adventure pada ketika itu sangat mnegujakan. Pertama sekali, pendakian bukit sebelum ke Canopy walk. Bagi aku, pendakian ini mencabar disebabkan atas masalah2 tertentu...erm, stamina...
Almaklum-lah, ginilah jadinya jikalau sentiasa bermalas-malasan pada waktu petang, kan...? ( senyum senget mata tersepet2 kening terjongket2)
Namun, aku gagahkan diri juga. Pendakian bukit sepanjang hampir 500 meter itu membuatkan aku hilang separuh daripada kalori aku yg secara nature terbentuk dalam badan aku nie. Rasa kesal juga sebab terpaksa membuatkan kumpulan aku berhenti setiap kali aku cuba mencari kembali rentak nafasku. Semput!
Stage yg kedua pula, pendakian bukit yg lebih cerun dan lebih panjang daripada tadi. Kawan2 setia memberi dorongan tetapi di mataku aku terbayangkan kekalahan.

Kali ini, perasaanku semakin bercampur-baur. Aku mula merasakn aku ialah beban di dlam ekspedisi ini. (#startemopulakminahni ) Ada seorang tu cuba memujuk aku, mengatakan aku boleh buat. lalu, beliau memberi satu analogi :-

" Pernah tengok tak cerita Lord of the Ring?". aku memandangnya hairan.

tak minat.

" Nak tahu tak sebenarnya cincin yang Mr. Frodo bawa tu berat, sampaikan leher dia merah macam melecur sebab carry cincin tu pada tali rantai."

ok, so..what's the point?

"Lepas tu, kan Sam pembantu dia tu nak cuba tolong ringankan beban dia tapi Frodo tak kasi sebab cincin tu berat, so dia rasa mambawa cincin itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab dia."

O.O

"Akhirnya Sam ambil juga cincin tu dan Frodo rasa sangat lega sebab beban dia jadi ringan. haa...kan saling menbantu tu."

ehm. The main point is saling membantu antara kawan2. Yang memberi kenalah ikhlas, dan yg menerima pula jangan sangaka yang dia adalah manusia yang lemah ke hapa..

Ukhuwwah itu hanya akan berlaku antara dua insan ataupun lebih.
Tiada ukhuwwah terjadi kalau hidup SORANG-SORANG.
Manisnya ukhuwwah pula tak sah kalau tak ada PAHITNYA.

Unik, kan?

Sunday, 2 December 2012

Aku Dia & Mereka

Assalamualaikum wbt kenkawan!

Greetings!

Pertama-tama sekali, aku sendiri dah rase rindu bebeno kat belog kesayangan aku nih( padah dah lame x bukak blog sendiri). Bukannyer hapa, cam xde masa jer kebelakangan ni, syibok memanjang( alasan-semata-mata). Apa khabar anda semua? sihat? Alhamdulillah, may Allah bless you! Terima kasih lah yer kepada sesiapa yang rajin men'gomen' kat shoutout box saya, really appreciate that. Nak tau tak kenapa hari ni tergerak hati nurani ni nak post sumthing kat laman sesawang ni? Actually, hari ini saya nak share sumthing kat korang semua, sumthg special, at least for me...

Pagi ni saya n housemates pergi satu program ni, kat kawasan kediaman pangsapuri area Puchong, turun kepada masyarakat gitu~
by the time saya reached kat situ, program baru je bermula dan saya meihat ramai kanak2 comey2 tengah leka ( dan jemu serta bosan perhaps..hik!) mendengar ucapan2 daripada pengerusi dan penganjur beserta AJK. huh, hebat tak?! Telah ditakdirkan, saya telahpun dipilih untuk menjadi fasi kepada acara sukaneka untuk kanak2 ribena ni semua...yay! Briefing pun dah siap, ok, tinggal nak mulakan game jer. After short break, budak2 ni semua berkumpul n divided into groups,as for me, aku incharged for Group 3, oh...my favoret!!

Hey kids!
Hai ustazah! Telan air liur, gulp!

Ok, aku dah biase pun kena panggil 'ustazah' dengan orang2 civilized camni.

Arahan diberikan dan game pun bermula. Berlumba2lumbalah sakalian rakyat jelata negara Ribena untuk menawan hati 'Puteri". hehehe... seronok juga melihat keletah kanak2 ni, x menang tangan dibuatnya. India ke, Cina ke, even Melayu ke, mereka semua bekerjasama untuk pasukan masing-masing. Hebat! Sampai satu tahap tu aku rase aku yang berlebih-lebihan daripada diorang semua.

Dia yang comel, dia yang aku kasihankan
Mataku meligas kesana kemari. Mencari-cari kalau-kalau aku masih boleh mendapatkan seteguk air. Dimanakah sumber air? Tekakku merasa kering dan perit. Percikan titik air jernih didahi kusapu dengan belakang tanganku. Terik mentari pagi semakin membahang. Membakar apa sahaja yang berteduh di bawah sinarnya. Tiba2, mataku melekap pada tubuh kecil seorang insan ini. Kulitnya hitam manis, kedua-dua pipinya gebu, dan yang paling melucukan tangannya penuh dengan makanan dan hadiah. Aku melihat tanda namanya. Khairin....emm, sedap nama itu.
" Khairin!", laungku sambil mengukir senyuman tanda ramah.
 Dia melihat sekelilingnya, cuba menyahut panggilanku dengan pandangan mata.

"Khairin!".
Dia berpaling ke belakang. Aku tersenyum sambil menggerakkan tanganku cuba menjeratnya kemari.
Perlahan-lahan kanak2 kecil itu melangkah ke arahku.
"Wah, Kahirin dapat banyak hadiahlah! Bolehkah kalau kakak minta satu?", kuhulurkan tanganku cuba meminta sesuatu daripadanya sambil menyangkung dihadapannya.
"Tak boleh," katanya sambil tersenyum malu, malu kerana terpaksa menolak permintaanku barangkali.
Senyumku makin lebar.
"Mari duduk sini," ajakku sambil menepuk lantai gelanggang itu berkli-kali. Khairin duduk.
"Khairin ada abang?" soalku ingin tahu sambil mataku menari kesana-sini cuba mencari keluarganya.
Dia mengangguk. " Kakak pula?"
Dia menggeleng lalu berkata," ada abang je."
"Oh, mana abang Khairin?"
"Abang di rumah bersama-sama Ummi."
Aku mengangguk pelahan. Berani sungguh budak kecil yang berusia lima tahun ini datang ke taman ini sendirian.
"Ayah pula, em...abi mana?"
"Abi tak ada." katanya pula.
"Abi pergi mana?" mulutku gatal bertanya lagi.
"Abi tak ada-lah."
"kakak tahu tapi abi kemana?"
"Abi takda! Abi dah meninggal!"

Aku terkesima dan cepat2 ketawa. Barangkali mampu menghilangkan kejanggalan di hati.

Aku memandang Khairin penuh sayu, hanya mampu berdoa saja dalam hati, moga Allah berikan kehebatan kepada anak kecil ini di masa hadapan nanti.

Thursday, 21 June 2012

Kakak...boleh ke?

Assalamualaikum w.b.t.,

Good day!

How's ur IMAN today?

this may be a short entry. You know it has been quite a long time for me to have my day off from blogging. Well, pretty busy recently, ahahahaha. just wanna tell you guys many things happened to me in this couple weeks before. And here we go...

There was on day, a day that I usually spend with nothing, just reading some books or magazines to chase the boring away. Until, this moment, well I never thought it will be happened to me, when my youngest brother asked me a question..well not an ordinary question.

" Kakak...boleh ke?".

" Is playing blowing music instrument HARAM?".

I was speechless.

Perhaps, you guys will think that was a simple, easy pie strawberry shortcake lame question but not to me. here's the story, My brother is one of the student who is playing a music instrument in a band of a prestigious school. This school is happen to be always participates in many competitions and recognized by other countries as well. He's playing a type of instrument, i'm not sure what was the name of it but obviously it's a blowing type.

Rather than to win his heart, i just nodded. Nothing more than that. 

"Well, it is HARAM absolutely," I said. He looked at me with a tangled mind.

Sure it's HARAM, brother. I know you was thinking to leave the school. He hates to be left in a boarding school, far away from home.

" but let me put this way. Instead of you've been thinking to find excuses to get out of your school, why not you just mind other matter that are vividly and obviously HARAM and try to avoid from doing those things. What about ur Solat? Do you really take it seriously? then, how 'bout your AURAT?" 

That went very well. Now, he's the one who become speechless.
But i can't agree more with my brother. He really made me realized that don't take lightly on a single simple matter about rules in ISLAM. Everything is count. Just nice, Islam is ADDEEN, THE WAY OF LIFE.

allahualam.

please leave any comment or knowledge. will appreciate that!


Sunday, 27 May 2012

Amanat terakhir si SUPERB UKHTI ^__^

Assalamualaikum w.b.t.,

Greetings!

Wat up? Cool? Chilli' out?

Ana still rase 'best'.
Hehe...nak tahu kenapa?
-cerciter...cerciter..~

Ok. Ana baru hadiri satu tamrin...well, not an ordinary tamrin...tamrin ini hanya orang tertentu je yang boleh masuk.
Sounds awesome, rite?
well, i told u allz kan yang aku ni AWESOME!!!!
ade x?

watever. Basically. tamrin ini dah menyentap segala urat sarat aku, sciatic nerve dah mula berpintal2, femoral nerve aku pun dah terbelit segala bagai, sampai posterior jadi anterior...okay, abaikan statement yg previous tuu....tamrin ini dah menyentap, menyentap apa? well,perasaan aku dah tersentap.

aku datang dengan satu perspektif, 'nak wala' dekat gerakan mana satu ni?'

and ape yang berhormat dan berbahagia Ustaz Sopi bagitahu dalam tamrin pagi tadi amat bernilai...

Ciri2 Gerakan Tarbiyyah!

sumpah! kalau aku tak pergi sampai malam ini aku tak tahu.

nak huraikan pun, hmm..macam kontroversi pulak nanti. eh, mana ada?!

hahaha...takpelah. kalau korang semua nk tahu sangat ape ciri2 gerakan tarbiyyah yang mantop gitu, just comment je kat bawah entry ni, inshaALLAH aku balas ek. ^___^
nak lagi senang, perbanyakkan bacaan yang mampu memantapkan n menyentapkan fikrah tu ek. kadang2 pergi mana2 bookstore pilih lah buku yang tak 'tersenarai' dalam list 'sukahati'. hehe, perkara macam tu mematangkan dan menajamkan fikiran actually, but pastikan bahan bacaan yang betul and beneficial utk perjuangan kita dalam gerakan nanti! Baru menyentap!








and then, hingga ke petang lah kami berundingan di meja 'petak' tu...sampai lah si moderator menjemput naqibah aku ni untuk memberi sepatah dua kata..(rase macam dlm formal event pulak).

'bismillahirrahmanirrahim. Mmm.. rasenye sume faham kot dengan penyampaian darpd Ustaz Sopi n abang Asyraf. Persoalan pun mostly dah terjawab kan? oklah, ni mungkin perjumpaan terakhir kita..untuk akak lah. akak dah nak habis semester pun kat sini. Cume berharap agar adik2 sume mampu bertahan dengan gerakan kita ini...cume...mmm..satu pesanan lah drpd akak.

  • banyakkan membaca
  • cabar diri sendiri...sesajekan diri amek risiko ek! =)
  • ...and JANGAN NAK KAWEN AWAL!!!  ni dah macam satu cetusan fenomena lah pulak ek. muda2 cenggini eloklah kita exposekan diri masing2 dengan benda2 baru...kita still free kan, x terikat dngan apa2, so muda2 gini bantulah perjuangan yer!
itu amanat terakhir naqibah aku...

"akak,nanti macam manalah saya bila akak takde".
"eh, letakkan pergantugn tu pada ALLAH! bukan pada akak!"

yer..aku reti itu...aku faham...dia mengajarkan aku untuk menjadi kuat, kuat untuk menentang arus yang mendatang~

Tuesday, 22 May 2012

AKU SI PENGEMBARA

Assalamualaikum w.b.t,

Greetings!


Hi,guys! Howdy? How's ur iman today? did they turn out well? fluctuation? well, that's common, just make sure they still going up! Rightio!

Seriously, takde menda pun aku nak 'chegheta' sangat kat sini. Tapi, U read the title right? perhaps something adventurous, monsieur..? no! not that really~

Well just nak kongsi sama2 pasal apa yang aku dah lalui semenjak dua-tiga menjak ni...bagi aku gempak tahAP GIGAAAA!!

#CERITA 1

Bismillahi tawakkaltu alallah....wala haulawalaqu wataillah billahissolihin~

semua bermula dangan tawakkal. 100% berserah kepadaNya setelah terdaya yang mampu.
Aku menunggu bas rapid malam tu..pukul 10 malam dah siap terpacak terpasak sekali dengan Acer n stuffs yg dah loaded dalam beg. Gila! Memang kerja gila! Nasib baik ada Mel tolong teman. Nasib baik ada Allah tempat memohon pertolongan.

Aku tengok sekeliling di bus stand. Gulp! Gulp, gulp!!
Semua lelaki! ceit!
'bijak' jugak tindakan aku malam ni. Stubborn tahap...tahap...GIGA!  +____+
Ayah tak sihat malam tu. Tapi aku ni manalah faham bahasa. Nak balik Kajang jugak. serious nak balik!  =____+

-kenapa nak balik jugak, ieman? (aku nampak mata Mel macam keluarkn aura pehal-nak-balik-tetiba-ni )
aku diam.(tu jela cara aku nak avoid kena strike dengan housemate. Hebat,kan?)
-nak balik la...(tak dapat tahan dengan aura Mel, terkeluar jugak suara tikus aku!)

sunyi.

Dipendekkan cerita, aku managed naik Rapid malam tu ke Kelana Jaya. Mel kata sempat, LRT laju. Tak macam KTM, menang lagi kura2.
Melihat Mel pergi daripada dalam Rapid, aku mula kesesakan. Ada firasat mengatakan aku mesti tersangkut kat LRT Kelana Jaya  nanti. TAK NAK!!!

Tawakkal. tu je yang membuatkan aku keep going. Rasa macam drug addict la pulak.

Hehe...Naik jugak LRT. 11.10 malam. Dahsyat betul anak dara ni! Beli token ke pasar seni pulak tu!

Tawakkal lagi. Ada ke Rapid kat sana malam2 cenggini?.. Redah jela!

Namun,setelah bermuzakarah dengan akak2 Dekat LRT tu, aku rasa baik turun je dekat KL sentral. InshaALLAH selamat sikit kot. inshaALLAH!!!  >____<

okeh! pendekkan lagi! aku sempat naik KTM di KL Sentral. wow! macam tak percaya. haha! Hebat sungguh perancanganNYa, kan?
mula2 masa dekat bus stand macam ridiculous je nak balik kajang. tapi, aku dah ada dalam perut KTM ni pun. well...(double jerk)
tu pun dengan bantuan daripadaNya.
Dia Maha Hebat.
Allah al-Azim.
"...Kemudian apabila engkau membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakkal."    [Ali Imran,3:159]
                                                         

Dalam KTM pun ada jugak pe'elnya.
Lampu terpadamlah!
Bunyi keriut2 lah!
Dah la kosong perut woman couch tuh!
Nasib baik Allah utuskan seorang hamba ni buat teman.
Sempat bina tali silaturrahim lagi, sampai ke 'muka buku' lah!

Sampai di rumah (alhamdulillah), ayah menyambut kepulangan aku.
"Balik jugak engkau ni. Degil!"

ala, macam tak biasa pulak ayah ni! anak perempuan dia sorang ni memang degil...hehehe..

"Lain kali jangan balik malam lagi. Bahaya. Kau tu dah lah Pompuan".

"ye, Ibu". Almaklum lah, aku ni sorang je anak pompuan ibu n ayah. mane tak risau depa tuh!
hehe.
Tapi, disebabkan title anak sulung tu dah tertulis sejak azali lagi, hmm...perangai ni lah yang melekat kat diri aku. (nak double jerk ke taknak?) =_____="

Lagipun, kalau aku jadi ibu n ayah aku dah risau dah. mana taknya, anak pompuan call tengah2 malam cakap on the way home. kat KL Sentral ni. mau kena ambush dengan hypertension segala bagai terus!

that was my first experience travelling in night time. sure fun, unpredictable and scary too! please stay safe! (ad macam iklan WWE la!)

-hey, guys!....to be continued~


#aku paham entry kali ni macam lagi GEMPAK from the previous...don't mention. just bare with me okay. take note segala firman2 tu yer! allahualam...=)