di sebalik screen..

My photo
caliph. 'abdi. blogger. seeker. ponderer. "Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [Ar-Rum,30:64] blog ini dicreate bukan untuk menyejukkan hati atau hanya tatapan mata...but feed these to your souls. hasilnya bukan hamba yang merasa, tapi kesan kehebatanNya dan agamaNya adalah untuk hamba & tuan hamba semua. inshaALLAH. but i love to convey these in the form of stories, might look like novels or kinda. bare with eye strains and sore fingertips by reading on the screen and clicking the tabs or tetikus as u guys scroll down. frankly speaking, most of the post are from the author personal experiences or her feelings toward sumthing until she created stories to express out those feelings. well,anything could be felt after read all these junky stuffs(i hope they all not), but just bury the past and comfort the future.InshaAllah. may HIS bless embraces us all.

Saturday 27 April 2013

Comelnya mereka berdua

Tersenyum-senyum aku dibuatnya.
Tertahan-tahan aku ketawa.
Tersipu-sipu aku memandang.

"Rasanya saya kena turunkan berat badanlah bang," kata Kak Yusnee sambal mengarahkan pandangannya penuh kasih kepada lelaki itu. Lelaki itu tersenyum sambil memandu, lucu barangkali dengan karenah isterinya yang manja itu walaupun sudah menjadi ibu kepada lima orang anak.

"Kenapa? Naik ke? Berat sangat yee....," si suami membalas. Kak Yusnee ketawa dan mataku masih tak lepas memandang adegan mesra mereka berdua.

"Mana ada!" balas wanita itu manja sambil menampar lembut bahu sang kekasih.
"52kg? 51kg?" soal si suami bertalu-talu. Mesra dan penuh kasih sayang. Suara lunak yang sememangnya khas untuk isteri tercinta.

"Tak sampailah...,"malu-malu si isteri cuba merahsiakan. Barangkali bimbang mukanya merah menyala jika kami di belakang terdengar perbualan mereka. Namun, dia pasti tahu kami yang masih muda remaja ini memang gemar memasang telinga!

Aku melontarkan pandanganku ke luar. Mulutku masih tidak lekang dengan senyuman sejak dari tadi. Bahagia hatiku sebentar menjamu peristiwa sebentar tadi. Comel lak aiiiii!


Mungkin ini, malah aku pasti ini adalah hadiah-hadiah kecil daripada Allah SWT kepada mereka yang berkecimpung dalam medan sebegini rupa. Tidak dapat kunafikan bahawa mereka diluar juga merasai nikmat yang sama, ya aku pasti kerana Allah itu Maha Mengasihani.
Tapi, jiwa-jiwa seperti mereka berdua mesti selalu merasai extra-extra nikmat ketenangan dan kebahagian yang didatangkan khas daripada Tuhan.