di sebalik screen..

My photo
caliph. 'abdi. blogger. seeker. ponderer. "Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [Ar-Rum,30:64] blog ini dicreate bukan untuk menyejukkan hati atau hanya tatapan mata...but feed these to your souls. hasilnya bukan hamba yang merasa, tapi kesan kehebatanNya dan agamaNya adalah untuk hamba & tuan hamba semua. inshaALLAH. but i love to convey these in the form of stories, might look like novels or kinda. bare with eye strains and sore fingertips by reading on the screen and clicking the tabs or tetikus as u guys scroll down. frankly speaking, most of the post are from the author personal experiences or her feelings toward sumthing until she created stories to express out those feelings. well,anything could be felt after read all these junky stuffs(i hope they all not), but just bury the past and comfort the future.InshaAllah. may HIS bless embraces us all.

Sunday 27 May 2012

Amanat terakhir si SUPERB UKHTI ^__^

Assalamualaikum w.b.t.,

Greetings!

Wat up? Cool? Chilli' out?

Ana still rase 'best'.
Hehe...nak tahu kenapa?
-cerciter...cerciter..~

Ok. Ana baru hadiri satu tamrin...well, not an ordinary tamrin...tamrin ini hanya orang tertentu je yang boleh masuk.
Sounds awesome, rite?
well, i told u allz kan yang aku ni AWESOME!!!!
ade x?

watever. Basically. tamrin ini dah menyentap segala urat sarat aku, sciatic nerve dah mula berpintal2, femoral nerve aku pun dah terbelit segala bagai, sampai posterior jadi anterior...okay, abaikan statement yg previous tuu....tamrin ini dah menyentap, menyentap apa? well,perasaan aku dah tersentap.

aku datang dengan satu perspektif, 'nak wala' dekat gerakan mana satu ni?'

and ape yang berhormat dan berbahagia Ustaz Sopi bagitahu dalam tamrin pagi tadi amat bernilai...

Ciri2 Gerakan Tarbiyyah!

sumpah! kalau aku tak pergi sampai malam ini aku tak tahu.

nak huraikan pun, hmm..macam kontroversi pulak nanti. eh, mana ada?!

hahaha...takpelah. kalau korang semua nk tahu sangat ape ciri2 gerakan tarbiyyah yang mantop gitu, just comment je kat bawah entry ni, inshaALLAH aku balas ek. ^___^
nak lagi senang, perbanyakkan bacaan yang mampu memantapkan n menyentapkan fikrah tu ek. kadang2 pergi mana2 bookstore pilih lah buku yang tak 'tersenarai' dalam list 'sukahati'. hehe, perkara macam tu mematangkan dan menajamkan fikiran actually, but pastikan bahan bacaan yang betul and beneficial utk perjuangan kita dalam gerakan nanti! Baru menyentap!








and then, hingga ke petang lah kami berundingan di meja 'petak' tu...sampai lah si moderator menjemput naqibah aku ni untuk memberi sepatah dua kata..(rase macam dlm formal event pulak).

'bismillahirrahmanirrahim. Mmm.. rasenye sume faham kot dengan penyampaian darpd Ustaz Sopi n abang Asyraf. Persoalan pun mostly dah terjawab kan? oklah, ni mungkin perjumpaan terakhir kita..untuk akak lah. akak dah nak habis semester pun kat sini. Cume berharap agar adik2 sume mampu bertahan dengan gerakan kita ini...cume...mmm..satu pesanan lah drpd akak.

  • banyakkan membaca
  • cabar diri sendiri...sesajekan diri amek risiko ek! =)
  • ...and JANGAN NAK KAWEN AWAL!!!  ni dah macam satu cetusan fenomena lah pulak ek. muda2 cenggini eloklah kita exposekan diri masing2 dengan benda2 baru...kita still free kan, x terikat dngan apa2, so muda2 gini bantulah perjuangan yer!
itu amanat terakhir naqibah aku...

"akak,nanti macam manalah saya bila akak takde".
"eh, letakkan pergantugn tu pada ALLAH! bukan pada akak!"

yer..aku reti itu...aku faham...dia mengajarkan aku untuk menjadi kuat, kuat untuk menentang arus yang mendatang~

Tuesday 22 May 2012

AKU SI PENGEMBARA

Assalamualaikum w.b.t,

Greetings!


Hi,guys! Howdy? How's ur iman today? did they turn out well? fluctuation? well, that's common, just make sure they still going up! Rightio!

Seriously, takde menda pun aku nak 'chegheta' sangat kat sini. Tapi, U read the title right? perhaps something adventurous, monsieur..? no! not that really~

Well just nak kongsi sama2 pasal apa yang aku dah lalui semenjak dua-tiga menjak ni...bagi aku gempak tahAP GIGAAAA!!

#CERITA 1

Bismillahi tawakkaltu alallah....wala haulawalaqu wataillah billahissolihin~

semua bermula dangan tawakkal. 100% berserah kepadaNya setelah terdaya yang mampu.
Aku menunggu bas rapid malam tu..pukul 10 malam dah siap terpacak terpasak sekali dengan Acer n stuffs yg dah loaded dalam beg. Gila! Memang kerja gila! Nasib baik ada Mel tolong teman. Nasib baik ada Allah tempat memohon pertolongan.

Aku tengok sekeliling di bus stand. Gulp! Gulp, gulp!!
Semua lelaki! ceit!
'bijak' jugak tindakan aku malam ni. Stubborn tahap...tahap...GIGA!  +____+
Ayah tak sihat malam tu. Tapi aku ni manalah faham bahasa. Nak balik Kajang jugak. serious nak balik!  =____+

-kenapa nak balik jugak, ieman? (aku nampak mata Mel macam keluarkn aura pehal-nak-balik-tetiba-ni )
aku diam.(tu jela cara aku nak avoid kena strike dengan housemate. Hebat,kan?)
-nak balik la...(tak dapat tahan dengan aura Mel, terkeluar jugak suara tikus aku!)

sunyi.

Dipendekkan cerita, aku managed naik Rapid malam tu ke Kelana Jaya. Mel kata sempat, LRT laju. Tak macam KTM, menang lagi kura2.
Melihat Mel pergi daripada dalam Rapid, aku mula kesesakan. Ada firasat mengatakan aku mesti tersangkut kat LRT Kelana Jaya  nanti. TAK NAK!!!

Tawakkal. tu je yang membuatkan aku keep going. Rasa macam drug addict la pulak.

Hehe...Naik jugak LRT. 11.10 malam. Dahsyat betul anak dara ni! Beli token ke pasar seni pulak tu!

Tawakkal lagi. Ada ke Rapid kat sana malam2 cenggini?.. Redah jela!

Namun,setelah bermuzakarah dengan akak2 Dekat LRT tu, aku rasa baik turun je dekat KL sentral. InshaALLAH selamat sikit kot. inshaALLAH!!!  >____<

okeh! pendekkan lagi! aku sempat naik KTM di KL Sentral. wow! macam tak percaya. haha! Hebat sungguh perancanganNYa, kan?
mula2 masa dekat bus stand macam ridiculous je nak balik kajang. tapi, aku dah ada dalam perut KTM ni pun. well...(double jerk)
tu pun dengan bantuan daripadaNya.
Dia Maha Hebat.
Allah al-Azim.
"...Kemudian apabila engkau membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakkal."    [Ali Imran,3:159]
                                                         

Dalam KTM pun ada jugak pe'elnya.
Lampu terpadamlah!
Bunyi keriut2 lah!
Dah la kosong perut woman couch tuh!
Nasib baik Allah utuskan seorang hamba ni buat teman.
Sempat bina tali silaturrahim lagi, sampai ke 'muka buku' lah!

Sampai di rumah (alhamdulillah), ayah menyambut kepulangan aku.
"Balik jugak engkau ni. Degil!"

ala, macam tak biasa pulak ayah ni! anak perempuan dia sorang ni memang degil...hehehe..

"Lain kali jangan balik malam lagi. Bahaya. Kau tu dah lah Pompuan".

"ye, Ibu". Almaklum lah, aku ni sorang je anak pompuan ibu n ayah. mane tak risau depa tuh!
hehe.
Tapi, disebabkan title anak sulung tu dah tertulis sejak azali lagi, hmm...perangai ni lah yang melekat kat diri aku. (nak double jerk ke taknak?) =_____="

Lagipun, kalau aku jadi ibu n ayah aku dah risau dah. mana taknya, anak pompuan call tengah2 malam cakap on the way home. kat KL Sentral ni. mau kena ambush dengan hypertension segala bagai terus!

that was my first experience travelling in night time. sure fun, unpredictable and scary too! please stay safe! (ad macam iklan WWE la!)

-hey, guys!....to be continued~


#aku paham entry kali ni macam lagi GEMPAK from the previous...don't mention. just bare with me okay. take note segala firman2 tu yer! allahualam...=)



Wednesday 16 May 2012

Ke Mana Ia Menghilang?

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat."      

"The believers are but brothers, so make settlement between your brothers. And fear Allah that you may receive mercy."    [al-hujurat, chapter 49: verse 10]


Assalamualaikum w.b.t,
Greetings everyone. May all in His embrace and under His guidance.

....(sigh)

look's like i lost all the words.i dont know what to be typed on here.just feel that it's not the right time to post any entry but...i wanna make this feeling to be embedded here, so that later i can read it back and learn what's the best.


aku buntu. hanya memandang jalan raya yang tidak pernah sunyi daripada deruman enjin kenderaan.
 kulihat neon-neon yang berbaris lurus menyuluh jalanan.
 langit yang hitam,kelam. 
tiada sebutir cahaya bintang pun yang bertaburan di dada langit. 
http://matcuoi.com hatiku penat,perit...everything is blended together inside. my mind vague.


rasa apa ni?


sudah saban hari aku merasakan 'rasa' ini. mood swing? there's no way! aku rasa sesak, seakan-akan tidak mampu menghirup udara ketika berada dalam kalangan mereka, mereka yang aku cintai...ukhuwah itu...seperti meninggalkan aku, terkapai-kapai di belakang. lantaran, aku kemudian pula hanyut bersama-sama arus deras kekecewaan.langkah kaki terhenti di hadapan Sunway Residence. aku melihat kereta bertali-arus melepasi pandangan. mataku mencari teksi di celah-celahan puluhan kenderaan.Yang lain...aku dapat merasakan mata-mata mereka memerhati segala tindak-tanduk aku.resah yang menggila tahap Giga!apakah hati ini sudah rosak? akukah yang semakin hanyut? atau mereka yang semakin tidak mengerti? atau akukah yang kuat melontarkan kata-kata 'Ukhuwahfillah' sehingga aku terperosok di bawah egoku sendiri?ya. hati ini semakin haus,semakin dahagakan rasa Ukhuwah itu. 'rasa' itu tidak lagi bertakung dalam jiwa ini. Aku tidak tahu kemana ia menghilang...


                                *****************************************


-semua program rumah awak taknak join. 
 malaslah.
-awak marah ke sebenarnya? saya minta maaf. 
 mana ada.
-kesian lah Fat. dia sorang-sorang kena jd MC. 
 Dia boleh cari orang lain lah! dalam rumah ni ramai je yg boleh cakap.
-awak ni kenapa sebenarnya?  
 tarapappa~


diam.


-habis tu, kenapa last minute tarik diri? kenapa sekarang baru nak cakap? program tu esok tau! 
 just decided.
-mana boleh! saya dah bagi awak amanah! awak kena buat! 
 then, just make me as a person yg irresponsible in ur eyes. saya tak kisah!
-awak kena rendahkan ego awak. jangan asyik larikan diri. kalau tak macam mana kami nak tolong? 
 tak semua perkara boleh masuk dalam dunia hati saya. tak semua orang. i'm trying to                          solve this problem jugak! saya masih mencari!
-awak kena jugak pergi program tu. awak dah bayar dah pun. takkan nak membazir?  anggap sedekah. lagipun, saya berhak nak pergi atau taknak. awak tak boleh paksa saya. memang dimata awak keputusan saya bukan yang terbaik tapi ini hidup saya. n everyone has different opinions, berbeda jalan penyelesaiannya!

sampai satu masa....aku merasa sunyi. sunyi sangat. pedihkan apabila Ukhuwah itu hilang? 

kau tidak seperti dulu
yang kukenali dulu
rupa hilang seri 
manakah manisnya

kau tidak seperti dulu
yang kukenali dulu 
madah tak berlagu
manakah girangnya

patah hati
jangan terdampar sepi
jangan tersungkur mati
patah hati 
jangan leburkan mimpi
jangan membakar diri




Bila mengimbau kembali kenangan lalu ketika di asrama dulu, mula2 attend usrah...aku rasa seronok sangat!
Hari minggu sememangnya hari yang sentiasa dinanti-nantikan.
Melihat kereta Perodua Kelisa di hadapan Dewan Selera, akulah orang yang paling lebar mengukir senyuman.
Bulatan gembira itu... aku  terasa seperti berada di taman nan indah.
Kerepek nanti akan di passing-passing...




Indahkan?


Aku belajar bermujahaddah di dalam usrah itu.
Aku belajar mengislahkan diri di dalam majlis itu.
Aku belajar memintal tali ukhuwah dalam halaqah itu.
Aku belajar menutup aurat dengan sempurna..mula memakai stokin walaupun dicemuh.
Aku mula membaca terjemahan Al-Quran.


bersama sahabat2 yang lain...=)




namun, hari ini...
ke mana ia menghilang?
ke mana Ukhuwah itu menghilang?


aku tak berjaya merasakannya lagi.
aku tidak sedar bila 'ia' mula meninggalkan aku sorang2,


yang aku tahu
sedar2,
aku mula menangis
dan menyisihkan diri
aku mula teringat kenangan lampau


aku mula sedar hatiku semakin jauh..jauh daripadaNya.


mungkin hilangnya rasa ukhuwah dalam diri ini seakan-akan Tuhan mahu memberitahuku,
yang aku semakin hanyut dengan arus dunia fana,
yang aku sudah meninggalkan tanah mujahiddah
yang aku tidak lagi tsabat dalam perjuangan
yang aku sudah meninggalkan barisan hadapan
dan...
yang paling parah
aku sudah meninggalkan saf jundi2 Islam!


Astagfirullah al-azim...


aku perlu mengorak langkah
aku perlu bangkit
jangan terus 'mati' terdampar mencium bumi!




-coretan di atas merupakan kisah seorang sahabat. dia yang mula kecundang di jalan ini. namun, dia berazam untuk bangkit kembali for the sake of Allah! maka, bantulah saudaramu ini. doakanlah dia...inshaALLAH.




Thursday 3 May 2012

Domino Effect?

assalamualaikum w.b.t.,

greetings!

......
blur.blur.B-L-U-R.
i dun see any connection between domino effect and..blogging,pondering, n seeking?

yeah!

same here!

lame!

tiru Hlovate ke?(versus)

opps! well that's too much! bukannya nak blur-kan korang sume or nak jadi typical ke or tiru somebody else!
ni boleh kira saya cube menyampaikan ape yang saya bace.

Before that, do u guys n girls know what is DOMINO EFFECT? okey, domino effect ni adalah bila kita jatuhkan satu domino block tu ke atas domino block yang lain, dia akan menumbang semua domino yang disusun dalam satu rantaian...macam chain reaction gitu~

okay? get the picture?

so,apa yang ieman cuba nak sampaikan ni?
Domino Effect ni kira sebagai satu analogi untuk menerangkan tentang keberkesanan sesuatu perkara atau ibadah yang kita lakukan yang juga turut memberi impak kepada certain sites of our way of life.

perkara OR ibadah, kay?!!!
...sites of our life a.k.a our DEEN,kay?! let me repeat..ADDEEN!

see? I x lari mana pun...just taking a scroll around here somewhere..x jauh, jauh daripada Islam itu sendiri.
Apa yang saya ingin sampaikan di sini adalah kalau kita  menjalankan sesuatu ibadah itu dengan baik dan sempurna, inshaALLAH perkara yang lain akan turut terjaga.

For instance, if u manage to perform ur Solah everyday, inshaALLAH they who did it from the bottom of their hearts, without any doubts, sincerely, in good intention, no show off thingy2..(cross the line pulak jargon aku)...secara x langsung, ikhtilat, aurat, kefahaman beribadah semuanya akan menjadi clear and terang kpd kita n sudahpun menjadi norm hidup kita.

macam buy2 free 1. tapi, kalau nak dibandingkan dengan Islam itu sendiri, quote buy 2 free1 x memadai nak explain the whole benefits-nya.

jadi, tak ke sweet bila once this matter dah settle, the rest pun ikut settle sekali.
banyak benda yang terjamin, terjamin daripada palitan dosa2 itu sendiri.

another example, kalau sesorang muslimah itu bertudung, maka inshaALLAH secara tak langsung orang2 di sekeliling akan menghormati dia. takkan senang2 pegang tangan muslimah itu. takkan senang2 bertepuk-tampar dengan muslimah itu. dan MARUAH muslimah itu juga terpelihara, kan?!!

maybe kita2 semua berjaya ditarbiyyahkan dengan theory Domino Effect ni...namun jangan pula kita menagih  kesempurnaan drpd seseorang itu cuz...

NOBODY IS PERFECT.

kita masih bergelar insan, yang derived from word yang bermaksud lupa.
kita x maksum, mampu lari drpd dosa2.

okeh, kat sini azan sudah bergema sayup2.

perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan baginda Nabi MUHAMMAD SAW,kan dah masuk hari Jumaat?
semoga memperoleh syafaat drpd baginda kelak,
amiin~(sama2 kita mengaminkan ya! tapi kenalah buat dulu!)


salam semua!
mari mengambil ibrah yer!
http://matcuoi.com

Wednesday 2 May 2012

Apa yang Aku Lihat, Apa yang Aku Rasa

assalamualaikum w.b.t,

greetings!

......
Mataku meligas menjamah setiap ruang campus foodcourt. Hiruk-pikuk suasana macam dah sebati dengan jiwa raga. Perut terasa memulas. Dapat saja kurasakan isi perutku menggelogak hendak keluar melalui celah rengkung, namun kumenahan rasa. Dah berapa kali dah aku merengek di hadapan sahabatku, mengadu domba  tentang rasa loya dan etc.
"kut ye pun jamahlah apa2 dulu. Mesti kes perut kosong ni," pujuk sang sahabat. Aku menggeleng laju. Lost appetite.
"aku nak makan nih," umpannya lagi.
"makanlah! aku teman je," aku malas bersuara. Rasa mual itu datang lagi. Adoyaii! parah dah ni...memang jarang aku kena attack sebegini sekali. Agaknya S.aureus, E.coli, Klebsiella n the gang tengah wat event clash of the clans kat dalam perut kot, tu sampai rasa macam kena siat je perut nih. Nak ber'breakdance' pun tengok tempatlah wahai microorganisms yang cute! Kalau Dr.Wong dengar teori big bang aku ni sure kena maki free. Pandai jelah kau tu buat statement kegalauan masyarakat bacteria tu dalam perut ko. hehe...saja nak tackle semua ilmu, kasi fresh n sentiasa rewind dalam kepala otak tu.

Akhirnya, aku dengan jayanya mengeluarkan segala isi perutku ke dalam toilet bowl dengan selamat.
Sedih tengok sisa2 air mocha yg kuminum pagi tadi bertakung dalam  bowl. Pembaziran...pembaziran...

-Islam itu datang dalam keadaan dagang dan pergi dalam keadaan dagang...

lebih kurang begitulah ayat tu berbunyi...precisely! ayat yg accurate tahap Giga utk describe phenomena yg sedang bersiaran langsung di depan mata aku.
sang sahabat2 sedang ligat menjamah lunch masing2.

-penyakit WAHAN; cintakan dunia takutkan kematian...

tepat,padat dan muktahir!
sang rakan2 tengah menjilat jari tak sudah2. Control sikit! depan orang ramai ni, bukannya kat rumah cik Tikah oiii~ ^ _ ^

aku sedang ber'versus' dalam diri. with the inner me! Penyakit2 ni semakin lama dapat aku rasakan mula menjalar dalam jasad dan hati. Aku semakin terperangkap dan hanyut dengan segala benda2 duniawi.

teringat kisah Ashraff Omar(AO) dan Minn Edina(Ed'Sassin') dalam Versus. macam mane si gempak tahap everest dalam dunia skate boleh meninggalkan segala perkara yg dia suke semata2 untuk mencari Tuhan. Mahukan hidup yang bertunjangkan SYARIAT!

Bagaimana galaunya hati AO di benua kanggaro itu memahami definisi 'baik' in terms of Islam. How he can manage to become somebody from anybody di mata Tuhan...Bagaimana perubahan 180 degree AO membuntangkan mata Minn...

Aku kira jika dibandingkan dengan diri ini...kesungguhan mereka x seperti aku yg hanya bagai melepaskan batuk di tangga. Fuh!!! tak sangka masih berbisa Bahasa Melayu aku...!!! apa punya jargon lah!

but, come to think of it...aku mahu menjadi seperti mereka, the seekers, who seek for Him and only Him.
i want to have the same eagerness!!

-aku tak mahu habiskan masa muda aku dengan hot stuffs yg jd tiket free ke neraka kelak. Na'uzubillah...


" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?". Ar-Rahman,55:13
ayat ini diulang sebanyak 31 kali di dalam surah ini...
????
reality check,please!
untuk manusia yang sedang menaip ini juga, berapa banyak dosa2 yang dah kau lakukan dengan segala nikmat yg kau dapat ni?

self-reflection to others as well.

dah bace compilation of love letters ke belum?

"Dan sungguh, dalam AL-QURAN ini telah Kami (jelaskan) berulang-ulang (peringatan), agar mereka selalu ingat. Tetapi (peringatan) itu hanya menambah mereka lari (dari kebenaran)." Al-Isra',17:41

can't agree more. it's happening.