di sebalik screen..

My photo
caliph. 'abdi. blogger. seeker. ponderer. "Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [Ar-Rum,30:64] blog ini dicreate bukan untuk menyejukkan hati atau hanya tatapan mata...but feed these to your souls. hasilnya bukan hamba yang merasa, tapi kesan kehebatanNya dan agamaNya adalah untuk hamba & tuan hamba semua. inshaALLAH. but i love to convey these in the form of stories, might look like novels or kinda. bare with eye strains and sore fingertips by reading on the screen and clicking the tabs or tetikus as u guys scroll down. frankly speaking, most of the post are from the author personal experiences or her feelings toward sumthing until she created stories to express out those feelings. well,anything could be felt after read all these junky stuffs(i hope they all not), but just bury the past and comfort the future.InshaAllah. may HIS bless embraces us all.

Tuesday 3 September 2013

Rekod Jajahan Aku #1

Assalamualaikum,

Salam sejahtera.

Tertera tajuk dan tarikh di atas, aku kini mula merakamkan peristiwa2 yang berlaku sempena hari-hari takhlukan aku ke atas daerah-daerah itu. Aku, seorang khalifah di dunia ini, dengan izin Tuhan akan menyelongkarkan segala isi perut dari daerah tersebut. Maka, bermula malam ini rekod ini akan menjadi artifak dunia yang paling berharga pada masa akan datang.

1. Dari Tanjung Malim ke KLCC

Edaran duBook Press. Haram jadah aku tak pernah dengar nama publisher tersebut. Ampun! Suatu hari aku ke PWTC sempena KLIBF '13, seniorku rekemen ( baca: recommended ) satu buku ni. Katanya, ni kumpulan post2 blog sorang laki ni lalu dibukukan. Ada dua buku jumlahnya. Sapa lelaki tu? Terus senior aku kata dia ini agak femes jugak di blogger. Oh. Okay, no hal. Try beli satu, actually dua2 buku dia aku beli. Beratur punya panjang di booth duBook Press yang pertama kali aku pergi, tengok kiri kanan, ada lelaki sain autograf yang malangnya aku tak kenal ( pasti dia ini salah satu penulis yang bernaung di bawah nama duBook Press), pekerja2 yang sibuk restock buku2, pelanggan2 yang bersesak-sesak mencari buku pilihan masing2 dan aku yang masih tertanya2 apakah ini semua. Selam tradisi aku ke Pesta Buku di PWTC ni, tak pernah aku jumpa booth ni. Macam ni tak boleh-lah aku ngaku sebagai kaki buku. Setiap kali pesta buku, aku-lah yang selalunya naik 'hantu', gatal tangan dan kaki. Sanggup ke PWTC dalam sesak2 segala bagai dalam public transport, draw cash from ATM beratus2...tapi booth duBook press pertama kali dalam sejarah Peristiwa Aku Di PWTC ni aku datang. Walhal, aku tidak tahu sebenarnya aku dah masuk kawasan jajahan baru yang membawaku ke dunia yang lagi satu. Underground~  ..

..ye ke?

So, review cerita2 koleksi peribadi fdaus ahmad dalam DTMKK...personally, bagi aku menarik. Frankly speaking, aku agak terkejut dengan latar belakang pendidikan dia sume tapi yalah, dia masih manusia. Hidup ini memang menarik. Banyak benda di dunia ni memang tak pernah menepati semua expectations kita, dak? Saudara ini banyak mencoret peristiwa2 yang berlaku dalam hidup beliau... tapi aku memang tabik spring lah kat dia, still remember his pasts. Memori chilhood aku agak dah lapuk bersarang dalam satu sudut otak temporal aku kot! Semua entri dia banyak membawa aku ke masa lalu, zaman Dockers bundle lah ( aku ada bertanya kpd ayah aku, Dockers bundle tu seluar jean ke hapa. Ayah cakap, Ala..jenama baju. =_=   tu memang orang tahu ), kisah anak sulung dia yang sedang memahami ragam2 dunia lah, Cikgu Kuala Kubu lah ( kalau tak silap, penulis akan suruh isteri dia, Cikgu Kuala Kubu ni baca draft entri dia befaore dia post ), dan kisah hidup kerjaya dia di KLCC.

Kenapa tajuk buku dia dari Tanjung Malim ke KLCC? Sebab setiap hari nak pergi pejabat dia di KLCC tu, dia terpaksa naik bas dari Tanjung Malim ( rumah beliau ) yang mungkin memakan masa selama satu jam lima belas minit. Campur LRT dan berjalan kaki...hampir 2 jam lah kot! apa-apapun penulis lebih arif daripada aku.

p/s: kalau nak link blog fdaus ahmad, sila klik 'sembang kencang' di sebelah kiri anda under tab ' Jom taaruf dengan dorang '. And aku betol2 rekemen buku ni kat korang. Ada sense of humor, facts and sense of humor...emm.

No comments:

Post a Comment